KUALA LUMPUR 28 Mei - Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara berpeluang menyertai Kursus Pengurusan Media Khas PBT 2019 yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Julai ini di Hotel Tamu, Kuala Lumpur, anjuran Sibermedia Sdn. Bhd. (Sibermedia) dengan harga ‘Early Bird’ jika mendaftar awal sebelum 15 Jun ini.<br /><br />Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, kakitangan PBT yang berminat hanya perlu membayar yuran kursus RM1,699 termasuk bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berbanding RM1,799 selepas tempoh berkenaan.<br /><br />