Peguam Negara Tommy Thomas mencadangkan kepada kumpulan masyarakat sivil untuk terus bersuara bagi memastikan kerajaan sentiasa menunai dan melasanakan segala janji-janji mereka.

Beliau berkata bahawa memandangkan jangkaan dan harapan terhadapa kerajaan baru adalah sangat tinggi, tidak dapat dielakkan bahawa sesetengah orang menjadi kecewa.

Bagaimanapun, beliau menggesa masyarakat sivil untuk terus “mendesak" ahli-ahli politik dalam melaksanakan pembaharuan.

"Saya rasa ramai berpuas hati selepas 10 Mei, dan menjangkakan kerajaan atau saya sendiri untuk melakukan keajaiban," katanya ketika melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Suaram 2018 pada Selasa.

Thomas adalah peguam negara pertama yang menghadiri pelancaran laporan Suaram.

"Cadangan saya kepada kamu adalah untuk meneruskan perjuangan. Perjalanan baru bermula tetapi terdapat banyak halangan yang perlu di atasi."

Perbezaan ketara hari ini dan sebelum ini, katanya adalah rakyat Malaysia kini boleh bercakap tanpa rasa takut.

"Pastinya kamu perasaan bahawa selama 12 bulan lalu bahawa Malaysia kini menjadi negara yanglebih bebas. Terdapat ruang yang lebih banyak, jadi gunakannya!" katanya.

Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2018 dilancarkan oleh Thomas, penasihat Suaram, Kua Kia Soong dan Farida Mohd serta penyelaras projek Suaram, Dobby Chew.

Dalam ucapannya, Kua membidas pusingan-U kerajaan dalam meratifikasi perjanjian ICERD dan Statute Rome, serta mempersoalkan sama ada istilah "Malaysia Baru" membawa sebarang makna.

Thomas menjawab dengan berkata bahawa beliau tidak melihat sebarang kekangan undang-undang untuk meratifikasi konvensyen berkenaan tetapi ia adalah "keputusan politik" oleh kabinet.

"Jadi, apa yang perlu kamu lakukan? Kamu perlu pergi dan jumpa mereka (kabinet), tanya mereka mengapa mereka tidak melaksanakannya?

“Ada empat tahun lagi, jadi kita tidak perlu berputus asa."

"Tolong jumpa ahli politik itu, asak dan soal mereka. Semua pembaharuandatang dari kabinet."

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa, dalam banyak kes, Jabatan Peguam Negara (AGC) hanya diberi arahan untuk merangka rang undang-undang berikutan keputusan kabinet.