Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin kini sedang menjalani penggantungan selama 14 hari bekerja bagi membolehkan siasatan dalaman terhadapnya.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Mohd Daud Abu Bakar, berkata pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan apabila ia selesai.

Terdahulu, Abibullah digantung tugas bermula 21 Mei lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku dalam yayasan itu yang dikaitkan dengannya.

"Pihak kami masih menjalankan siasatan dalaman dan kita akan membuat pemberitahuan (berkenaan) bahagian (melibatkan) ketua pengarah, bila ada laporan lengkap siasatan.

"(Ia akan dibuat) sama ada selepas tempoh atau dalam tempoh 14 hari bekerja," katanya dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur pada Selasa.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai status terkini Abibullah itu.

Abibullah didakwa mengancam kakitangan Yapeim agar tidak mengundi mengundi Pakatan Harapan (PH), menerusi satu video yang tular dua minggu lalu.

Bagaimanapun Mohd Daud sebelum ini menjelaskan Abibullah digantung bukan kerana video tersebut, tetapi bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap dakwaan salah laku dalam yayasan itu.