Pembangkang mendesak Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memecat Peguam Negara Tommy Thomas kerana gagal menangani hal keadilan perundangan negara, seperti kes Adib dan Statut Rome.<br /><br />Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob juga mencadangkan agar satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian Adib.<br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan di PWTC hari ini.