Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob menyifatkan penubuhan lebih banyak parti berteraskan Melayu hanya akan memecahkan kaum tersebut.

Bagaimanapun Naib Presiden Umno itu berkata pihaknya tidak dapat menghalang penubuhan parti lain atas dasar Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi.

Beliau berkata kepada pemberita dalam Sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terdahulu beliau diminta mengulas penubuhan parti Putra yang diasaskan Presiden Perkasa Ibrahim Ali termasuk dianggotai beberapa bekas pemimpin Umno.

Mengulas lanjut, Ismail berkata tiada keperluan penubuhan Putra kerana sudah adanya gabungan pembangkang berteraskan Melayu iaitu PAS dan Umno

Pelancaran rasmi Putra akan diadakan pada Hari Merdeka atau Hari Malaysia.

Pada 8 Mei ROS meluluskan permohonan Ibrahim untuk mendaftarkan Putra.

Ogos tahun lalu, Ibrahim mengumumkan penubuhan Putra akan memperjuangkan hak orang Melayu.