Surprise Me!

Mangsa kebakaran rakam video rumahnya sambil berkata "aku redha dengan ujian ini"

2019-06-03 915 Dailymotion

Mangsa Keriangan sambutan Aidilfitri buat sebuah keluarga keluarga di Kampung Parit Jamal Benut, bertukar sedih apabila rumah mereka hangus, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi mangsa, Eremi Paing, 47, tinggal sehelai sepinggang apabila rumah didiami yang merupakan pusaka keluarga dijilat api ketika sedang lena tidur.

“Api marak begitu cepat, tak dapat saya bayangkan kejadian ini berlaku pada hujung Ramadan ketika anak-anak sedang bergembira hendak menyambut Aidilfitri.

“Saya reda dengan apa yang berlaku cuma sebak lihat anak-anak kerana segala persiapan raya hangus.

“Semalam, kami sekeluarga baru sahaja membeli pakaian dan kelengkapan lain untuk anak-anak di sebuah pasar raya di Benut, namun tidak apa yang dilakukan,” katanya.

Eremi yang bekerja di sebuah kilang di Simpang Renggam memberitahu dia sekeluarga kini menumpang di rumah jirannya dan merancang untuk mencari rumah baharu selepas Aidilfitri nanti.

Buy Now on CodeCanyon