Beratus ribu penduduk Hong Kong mengadakan protes dan berarak pada Ahad bagi membatalkan undang-undang perintah ekstradisi yang membolehkan penduduk dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, tindakan yang dibimbangi sesetengah pihak menjejaskan kebebasan.

Protes itu menjadi semakin memuncak pada awal pagi hari ini selepas penunjuk perasaan cuba memaksa Kerajaan Hong Kong menukar rang undang-undang ekstradisi itu.

Beberapa ratus polis rusuhan bersenjata dengan tongkat, perisai, gas pemedih mata dan semburan lada bagi menahan rusuhan yang semakin meningkat.

Polis menganggarkan 240 ribu orang, tetapi penganjur berkata lebih daripada satu juta orang mengambil bahagian yang menjadi protes terbesar sejak bantahan tahun 2003 terhadap undang-undang keselamatan negara yang dicadangkan.

Penyelenggara Front Hak Asasi Manusia Sivil mendakwa ia adalah perhimpunan terbesar dalam tiga dekad.