Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai individu yang melakukan ritual di sebuah tokong kecil sambil memakai kopiah dan berkain pelekat yang tular dalam media sosial hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di perkarangan IPD berkenaan pada pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan berhubung rakaman video yang tular baru-baru ini.

Katanya, tiada rampasan dilakukan kerana pakaian yang dipakai oleh lelaki itu seperti mana dalam rakaman video tersebut telah dibuang oleh individu tidak dikenali.

“Lelaki itu kini ditahan di lokap Balai Polis Bagan Serai dan permohonan reman terhadapnya akan dilakukan di Mahkamah Parit Buntar, esok.