Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak percaya ketulenan video seks yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, pada Rabu.

Menurut perdana menteri beliau yakin video itu dibuat oleh pihak yang mempunyai agenda politik.

Dr Mahathir juga menggesa supaya menjadikan amalan politik negara lebih bersih.

Mahathir juga menyelar dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang membuat pengakuan mendakwa dirinya lelaki dalam video tesebut.