Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bimbang terhadap kemungkinan Haziq Abdullah Abdul Aziz - yang mengaku mengadakan hubungan intin lelaki didakwanya menteri PH - meninggalkan negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Mazlan Mansor berkata ketua Pemuda PKR Santubong itu sudah memberikan kerjasama kepada polis.

Katanya polis juga sudah mendapat persetujuan dengan Haziq sebelum ini.

"Kita dah ada persetujuan dengan dia, dan dia pun beri kerjasama," katanya kepada media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu Mazlan ditanya mengenai kemungkinan setiausaha sulit timbalan menteri yang sedang digantung tugas itu akan melarikan diri selepas memberi keterangan kepada polis baru-baru ini.

Haziq, 27, sebelum itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dipercayai ketika bersedia berlepas ke Manila, Filipina.

Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada Sabtu.

Namanya juga tidak disenaraihitamkan daripada melakukan perjalanan ke luar negara.

Dia sebelum itu mengejutkan ramai orang apabila mendakwa berasmara dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah, pada 11 Mei lalu.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan sekeras-kerasnya terbabit dalam hubungan sejenis berkenaan.

Kata Mazlan, polis juga masih meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan dan akan menyerahkan tindakan lanjut kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan.