Surprise Me!

Setiausaha akhbar Zuraida lepas jawatan sebab mahu bebas

2019-06-18 1,901 Dailymotion

Ahmad Soffian Mohd Sharif yang baru meletakkan jawatannya sebagai setiausaha akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan beliau kini dalam rangka menyiapkan draf "teguran-teguran kepada kerajaan".

Ahmad Soffian yang bekerja dengan Zuraida Kamaruddin selama lebih dua tahun berkata, dia tidak menerima sebarang bayaran daripada mana-mana pihak.

Sebaliknya kata Ahmad Soffian, dia menganggap tugas itu sebagai tanggungjawab peribadi demi kepentingan negara dan rakyat.

“Rezeki saya biar Allah tentukan. Saya rasa peletakan jawatan saya dan apa yang akan saya lakukan selepas ini adalah khidmat kepada negara dan teguran bersifat profesional.

“Terus terang saya cakap, saya sendirian. Tak ada parti politik (di belakang)," katanya.

Pada masa sama Ahmad Soffian berkata dia tidak pasti sejauh mana pendapatnya mengenai kerajaan akan didengari, namun tetap akan mencuba kerana ia dianggap tugasnya berdasarkan pengalaman pernah bekerja dengan kerajaan.

“Apa yang saya nak, teguran itu boleh dimanfaatkan oleh kerajaan dan rakyat," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam.

Sebelum ini Ahmad Soffian mengaku meletakkan jawatannya kerana hilang kepercayaan terhadap pentadbiran PH.

Buy Now on CodeCanyon