Pihak berkuasa mendapatkan bantuan Cybersecurity Malaysia bagi membantu siasatan terhadap video seks sejenis yang didakwa melibatkan menteri ekonomi Azmin Ali.

Bagaimanapun, syarikat seliaan kementerian Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu enggan mengulas lanjut sama ada mereka diminta menganalisis video itu atau mengesan penyebarnya.

“Kita di Cybersecurity Malaysia ada pakar forensik digital.

“Ada (forensik) audio, video, multimedia, komputer, jadi terpulanglang kepada apa yang pihak berkuasa mahu.

“Saya tak mahu ulas secara terperinci,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) Cybersecurity Malaysia Amirudin Abdul Wahab.