Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis sentimen untuk meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim.

"Perkara ini tidak timbul, kami berjanji bahawa Dr Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri dan saya, timbalan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Adun Jeram meminta Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail harus menyerahkan jawatan kepada suaminya Anwar Ibrahim.

Mohd Shaid, yang juga ADUN Jeram, berkata ini merupakan langkah yang perlu dalam pelan peralihan yang melibatkan penyerahan jawatan Perdana Menteri dari Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar