Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin bahawa video seks yang didakwa melibatkan dirinya didalangi oleh "orang dalaman" parti itu.<br /><br />"Ya, saya yakin, saya yakin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian hak pembangunan antara Konsortium PCSB-MGB di Shah Alam, hari ini.<br /><br />Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau yakin bahawa video itu adalah agenda orang dalaman parti susulan seorang ketua PKR negeri yang dilaporkan hilang.
