Desakan sesetengah pihak yang mahu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan adalah cadangan yang 'konyol', kata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Bagaimanapun, Zuraida menggesa pihak terbabit wajar fokus membantu membina negara daripada menyebarkan video-video lucah terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan hari raya kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Konyol, perkataan yang petik daripada bahasa Indonesia membawa erti seperti bodoh, kurang sopan dan tidak menggunakan otak untuk berfikir.