Surprise Me!

Awas keris baru pembunuh jiwa, kata 'pahlawan' PAS

2019-06-19 537 Dailymotion

Berpakaian lengkap seperti pahlawan, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini berkata, pada zaman sekarang keris bukan lagi sebilah besi yang tajam.

Sebaliknya kata Tuan Ibrahim, bentuk keris pada era ini sudah bertukar iaitu telefon genggam.

"Orang tanya - apabila saya naik ke pentas - mana keris? Biasanya pahlawan akan ada keris.

"(Kemudian) saya tunjuk pada dia, keris sekarang adalah handphone," katanya.

Walaupun tidak tajam anggota parlimen Kubang Kerian itu tetap mengingatkan bahawa peranti tersebut tetap berbahaya, malah mungkin lebih mengancam berbanding keris tradisional.

"Handphone lebih jauh makamnya daripada keris. Keris boleh membunuh jasad, tapi media sosial boleh bunuh jiwa," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Muktamar Pemuda PAS ke-60 di Bukit Gambang Resort City, dekat Kuantan hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan perwakilan, anggota dan penyokong PAS agar menggunakan media sosial hanya untuk tujuan kebaikan, serta menyebarkan sebarang pesanan disampaikan pimpinan parti.

Katanya menempuh cabaran media sosial yang terbuka luas, tiada sempadan dan batas yang membezakan halal haram serta tiada batas kebenaran ataupun kebatilan.

"Maka kerana itu gunakanlah sebaik mungkin senjata yang ada. Pastikan kita mendapat pahala dengan media sosial.

Buy Now on CodeCanyon