Pas mengambil pendekatan tidak campur tangan dalam kes video seks yang tular dikatakan melibatkan seorang menteri, kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun kata Tuan Ibrahim, individu yang sudah membuat pengakuan melakukan perbuatan itu mesti dihukum.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Malaysia Kali Ke-60 hari ini.

Beliau mengulas perkembangan isu video tular dan pengakuan Haziq Abdul Aziz berkenaan video seks songsang yang mengaitkan seorang menteri baru-baru ini.