Penulis manuskrip 'Mengapa Anwar Tak boleh Jadi PM'menafikan cuba memeras ugut Presiden PKR Anwar Ibrahim sebanyak RM400,000 untuk mendapatkan bayaran lebih tinggi daripada yang ditawarkan kepadanya untuk menulis buku itu.

Memetik di Facebooknya, Yahaya Ismail sebaliknya berkata, dia cuba menghubungi Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul bagi menjual hak cipta buku berkenaan.

Katanya, dia terkejut dengan kenyataan Anwar yang mendakwa dia memeras ugut dan meminta bayaran RM400,000 daripada Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada paksaan sekiranya Anwar tidak mahu membeli kerana hak cipta itu dimilikinya.

Jika buku itu diterbitkan, katanya, Anwar boleh sahaja menyaman fitnah di mahkamah.

Menurut Yahaya, dia telah memberikan salinan naskah berkenaan kepada beberapa pihak termasuk Anwar dan Johari bagi mendapatkan maklum balas berkaitan buku tersebut.

Dia meletakkan harga jualan hakcipta RM400,000 kerana tahu buku itu boleh menjadi laris, berdasarkan pengalaman selama 40 tahun menjadi penerbit dan penulis buku.

Yahaya dalam posting berasingan turut mendedahkan butiran perbualan antara dia dan Johari di Whatsapp di Facebooknya.

Namun, Yahaya tidak menyertakan tangkap layar perbualan berkenaan.

Semalam Johari mendakwa Yahaya sebagai penulis upahan cuba memeras ugut Anwar sebanyak RM400,000 menerusi buku yang menurutnya bertajuk 'Mengapa Anwar Tak boleh Jadi PM'.

Manakala Anwar dalam majlis berasingan pula berkata beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Yahaya.