Enam individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap Kuantandi awal pagi semalam.

Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berhubung perempuan.

Suspek berusia 19 hingga 20 tahun itu ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian itu, tiga pelajar sebuah IPT termasuk dua beradik masing-masing berusia 19 dan 20 tahun menjadi mangsa apabila dipukul kumpulan terbabit dan dua daripada mereka cedera di muka serta beberapa anggota badan lain.

Video pergaduhan berdurasi 27 saat itu dipercayai dirakam salah seorang pelanggan restoran berkenaan tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi netizen.