Ulama PAS melihat bahawa keterbukaan PAS ini adalah bukti kematangan dalam politik demi untuk kesejahteraan rakyat dan kepentingan Islam.

"Keterbukaan PAS dalam politik ini bukan berkiblatkan kuasa, tetapi berpaksikan tauhid," katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan dalam keadaan begitu ulama PAS mesti berada di depan dalam setiap perbincangan dan perancangan.

Hal itu kerana katanya daripada dua parti yang bekerjasama sekarang hanya PAS yang mempunyai badan khusus membabitkan ulama.

"Antara dua parti ini, hanya PAS yang menubuhkan Dewan Ulamak. Ia menunjukkan keistimewaan kalangan alim agama, khususnya, diangkat sebagai satu entiti yang besar peranannya, tidak hanya sekadar tempelan," katanya.

Dalam ucapan sama Ketua Ulama PAS Pusat Dr Mahfodz Mohamed meminta ulama PAS berperanan memberikan penerangan kepada seluruh anggota parti agar memahami ijtihad politik semasa yang diputuskan pemimpin mereka.