Latheefa Koya mengangkat sumpah sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara pagi ini.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa dilantik mengetuai SPRM berkuat kuasa 1 Jun lalu selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau lebih awal yang sepatutnya berakhir pada 17 Mei 2020.

Video: Bernama