Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menolak ketidakpastian mengenai garis masa untuk Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau mengulangi bahawa Pakatan Harapan masih berpegang pada keputusan Januari 2018 di mana Anwar akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri kelapan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Putrajaya hari ini.