Surprise Me!

Kesatuan wartawan, jurugambar antara penerima dana 1MDB – Guan Eng

2019-06-26 1,945 Dailymotion

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mendedahkan kesatuan wartawan dan jurugambar akhbar di Pulau Pinang antara pihak yang menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tanpa mendedahkan mendedahkan identiti penerima wang berkenaan, Lim bagaimanapun menasihatkan mereka supaya mengembalikan wang itu secara sukarela.

"Kalau lihat senarai yang ada dalam MOF (Kementerian Kewangan), si penerima (wang berkaitan 1MDB) adalah lebih 41 orang.

"Saya minta mereka yang terima wang daripada Yayasan 1MDB, 1MDB ataupun kelab kebajikan 1MDB dan sebagainya menimbang mengembalikan wang tersebut.

"Jangan tunggu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hantar senarai dan bekukan akaun anda," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Sabin Samitah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya sebelum ini memaklumkan SPRM telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Lim berkata pihaknya mempunyai senarai komprehensif termasuk nama penerima wang berkaitan 1MDB yang tidak didedahkan lagi.

Beliau juga percaya penerima wang berkaitan 1MDB berkenaan tidak terlibat dalam skandal 1MDB dan oleh itu, adalah wajar mereka memulangkannya bagi memudahkan semua pihak. - Bernama

Buy Now on CodeCanyon