Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengakui terdapat ralat dalam kenyataannya mengenai pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Jelasnya, merujuk kenyataannya kepada media petang tadi berkenaan perkara tersebut, beliau ingin memperbetulkan beberapa fakta berikutan maklumat terkini yang baru diterima.

Dimaklumkan bahawa kawasan terbabit (Sungai Kim Kim) telah dibersihkan sepenuhnya dan sisa berbahaya yang terkumpul telah dibawa ke pusat pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang berhubung dengan kementerian lain untuk memperoleh butiran lanjut mengenai kawasan itu dibersihkan dan waktu sisa itu dibawa ke pusat pelupusan.

Media melaporkan Zuraida membuat kenyataan bahawa kes terbaharu pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang dipercayai berlaku akibat sisa bahan kimia semasa kejadian di Sungai Kim Kim belum dilupuskan sepenuhnya.