Surprise Me!

Bersatu mungkin tangguh pemilihan parti?

2019-06-27 517 Dailymotion

Bersatu dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pemelihan kepimpinan partinya yang pertama.

Parti yang ditubuhkan pada September 2016 itu perlu memilih kepimpinannya setiap tiga tahun.

The Malaysian Insight memetik sumber melaporkan Bersatu akan menunda pemilihan parti selama enam bulan ke setahun.

Ini bagi mengelakkan risiko parti berkenaan dibatalkan pendaftaran kerana penangguhan akan memastikan semua bahagian dapat memenuhi ketetapan dalam Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen 12 Akta Pertubuhan memperuntukkan sesuatu bahagian parti hanya boleh ditubuhkan selepas mendapat kelulusan yang sah untuk tiga bulan kecuali ROS memberikan tempoh lanjutan kepada bahagian itu.

Setiasaha Agung Bersatu Marzuki Yahya berkata masih tiada sebarang kata putus mengenai penangguhan pemilihan parti itu.

Dilaporkan juga Bersatu akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada Julai ini bagi meminda perlembagaan parti.

Buy Now on CodeCanyon