KOTA BHARU - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive bakal mengeluarkan tudung berharga RM70,000 yang ditempah oleh ahli perniagaan wanita di negeri ini.<br /><br />Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri bagaimanapun berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan di antara wakilnya di cawangan premiumnya, Butik As Galleria di Lembah Sireh di sini.
