Surprise Me!

Penting sediakan bakat digital untuk masa depan

2019-06-28 261 Dailymotion

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan terus mengkaji semula semua inisiatif sedia ada serta menyediakan dasar-dasar yang baru dan berkaitan untuk memastikan Malaysia sentiasa mendahului persaingan apabila ia membabitkan pembangunan bakat teknologi, kata menterinya, Gobind Singh Deo.

"(Saya) Kementerian sangat serius mengenai agenda pembangunan bakat teknologi," katanya pada pelancaran Forum Data Hadapan 2019: Membentuk Masa Depan Kita Bersama-Menuju Masyarakat Diaktifkan Data, di Kampus Heriot-Watt University Malaysia di sini, hari ini.

Gobind menegaskan bahawa salah satu perkara yang lebih kritikal dalam Malaysia sebagai negara membangun adalah bakat.

"Sebagai penggerak utama IR4.0 (Revolusi Perindustrian Keempat), penting bagi kami menyediakan saluran bakat yang kuat untuk memanfaatkan peluang sosioekonomi yang datang dengan digitalisasi dan teknologi pintar," katanya.

Memetik Laporan Bakat Digital Frost dan Sullivan yang ditugaskan oleh Malaysia Digital Economy Corp (MDEC) pada 2017, beliau berkata permintaan bakat digital Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15% setahun, yang memerlukan lebih daripada 540,000 pekerjaan menjelang 2020.

"Para bakat digital sudah banyak permintaan pada masa ini dan kelihatan semakin berkembang dalam tahun-tahun mendatang," katanya.

Buy Now on CodeCanyon