Anggota Parlimen BN, Abdul Azzez Abdul Rahim hari ini mencabar kerajaan Pakatan Harapan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menentukan status kewangan Lembaga Tabung Haji.

Abdul Azeez (BN-Baling) yang juga bekas pengerusi Tabung Haji berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof hanya memberi jawapan politik dan bukannya fakta mengenai lembaga itu.

"Bagi saya jawab, saya tolong jawabkan. Saya tahu, menteri jawab tanpa fakta, saya minta bagi peluang kepada saya, ini tidak adil, menteri tak berani buat PAC, RCI, menteri takut.

"Tak adil bagi saya, sebagai bekas (pengerusi) Tabung haji," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Abdul Azeez meminta Dewan Rakyat membenarkan beliau bertanya soalan tambahan selepas Mujahid berkata masalah yang berlaku dalam Tabung Haji diwarisi dari kerajaan sebelumnya.

Bagaimanapun permintaannya diabaikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.