Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi jaminan bahawa kepentingan rakyat tempatan akan diberi keutamaan sebelum sebarang kelulusan membenarkan pelarian bekerja secara sah di negara ini.

Beliau berkata sememangnya kerajaan mahu pelarian diberi peluang pekerjaan supaya mereka boleh menjalani kehidupan di negara ini, namun ia tidak seharusnya menjejaskan kepentingan rakyat tempatan.

Dr Wan Azizah berkata berdasarkan statistik UNHCR, seramai 124,753 pelarian dan 48,978 pemohon suaka direkodkan di negara ini sehingga Mei lepas.

Menurutnya daripada jumlah pelarian itu, sebanyak 53.6 peratus atau 93,138 orang adalah warga Rohingya.

Beliau berkata projek rintis kebenaran bekerja bagi warga Rohingya yang memegang kad UNHCR sedang dilaksanakan ketika ini dan ia sedang dikaji dan diperhalusi kerajaan sama ada akan dikekalkan atau dipinda.