Malaysia menghadapi kekurangan pekerjaan yang tenat dalam sektor peladangan di mana hampir 50,000 peluang pekerjaan tidak diisi pekerja tempatan sejak bertahun, kata Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran.<br /><br />Katanya, ini kerana ramai pengusaha ladang membuat laporan mahu mengambil pekerja asing dari luar negara untuk bekerja dalam sektor peladangan.<br /><br />Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang berhubung isu peluang pekerjaan.
