Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man menolak usul pengisytiharan harta di kalangan wakil rakyat kerana merasakan ia perlu diteliti terdahulu sebelum dibentang.<br /><br />Beliau berkata demikian pada perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.<br /><br />Selain itu, kata Tuan Ibrahim, tiada keperluan bagi ahli parlimen pembangkang untuk mengisytiharkan harta, memandangkan mereka tiada akses kepada projek-projek melibatkan kerajaan.