Pelaksanaan dasar untuk mewajibkan semua pemandu e-hailing menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) tidak akan menyebabkan harga tambang perkhidmatan itu berubah secara mendadak.<br /><br />Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ini kerana harga tambang bagi perkhidmatan e-hailing tidak ditetapkan mengikut harga siling, selain ia berdasarkan kepada permintaan pasaran.<br /><br />Dalam pada itu, Loke berkata seramai 10,151 atau 62 peratus daripada 16,338 pemandu lulus dan layak memohon lesen PSV setakat 1 April hingga 30 Jun lepas.