Menteri KPDNHEP Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya kini dalam fasa akhir penyediaan kertas kabinet berhubung pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan dijangka boleh dibentangkan kepada mesyuarat Kabinet pada bulan ini.

"Perkara berkaitan kerangka, mekanisme dan kaedah pelaksanaan telah dimuktamadkan bersama MOF (Kementerian Kewangan) pada mesyuarat minggu lepas,” katanya, sambil menambah kertas kerja itu turut melibatkan maklum balas Kementerian Kewangan.

Beliau berkata inisiatif itu sedia dilaksanakan tahun ini setelah mendapat 'lampu hijau' Kabinet.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.