Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil keliru dengan pendirian Ahli Parlimen Kubang Kerian Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung pengisytiharan harta.

Fahmi memetik laporan media pada April lalu bahawa Tuan Ibrahim sebenarnya menyokong pengisytiharan harta buat pembangkang.

Namun katanya, berdasarkan ucapan Tuan Ibrahim semalam, Fahmi berkata kenyataan itu adalah sebaliknya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat hari ini.