Dalam perbahasan Parlimen hari ini, ahli parlimen Subang, Wong Chen memberitahu terdapat kelemahan dalam perisytiharan harta.

Dia mengusulkan beberapa perkara bagi memastikan akauntabiliti dan ketelusan sepenuhnya mencorak deklarasi isytihar harta.

Katanya rakyat bosan dan tidak faham ada ahli keluarga ahli parlimen yang menggambarkan kehidupan mewah di sosial media, padahal ibu atau bapa bergaji beribu sahaja.

Kemewahan mereka menimbulkan kemarahan dan prasangka kepada ahli parlimen seterusnya menganggap deklarasi isytihar harta adalah "buat wayang".

Format deklarasi isytihar harta anak-anak juga menampakkan kelemahan di mana anak Ahli Parlimen berumur 21 tahun tidak perlu isytihar.

Dia mendakwa Ahli Parlimen boleh berselindung di bawah nama anak.