Sejumlah 1,182 kapal asing ditahan kerana menceroboh perairan laut dalam negara sepanjang 12 tahun lalu.<br /><br />Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata daripada jumlah kapal itu, Vietnam mengetuai dengan sebanyak 706 kapal ditahan.<br /><br />Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Tinggi Halimah Mohamed Sadique berhubung isu perikanan negara.
