Surprise Me!

Pindaan had umur mengundi tak beri kelebihan pada BN, PH

2019-07-04 1 Dailymotion

Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun tidak memberi kelebihan kepada BN mahupun Pakatan Harapan (PH), kata Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Jelas Khairy, ini kerana orang muda di negara ini dilihat hanya akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat parti yang akan memberi hala tuju terbaik kepada mereka dan negara.

“Jadi tak timbul pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Kata Khairy, pembangkang pada dasarnya bersetuju dengan pindaan tersebut namun menggesa lebih baik kerajaan melakukan pindaan itu serentak dengan cadangan pembangkang berhubung pendaftaran pengundi secara automatik (AVR).

“Pada dasarnya kita setuju tapi sepatutnya pindaan (AVR) itu datang sekali,” katanya.

Semalam, parti-parti pembangkang - BN, PAS dan GPS - memberi lampu hijau kepada usaha kerajaan untuk menurunkan umur mengundi hingga 18 dengan syarat ia dilakukan melalui pendaftaran pengundi automatik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun hari ini memaklumkan bahawa kerajaan perlu membuat pindaan lain dalam Perlembagaan Persekutuan di parlimen untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik (AVR).

Jelas Azhar, kerajaan perlu meminda Perkara 119 (4) Perlembagaan dan Peraturan Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pengundi).

Pindaan peraturan itu perlu dibentangkan di parlimen tetapi tidak memerlukan kelulusan Dewan Rakyat.

Buy Now on CodeCanyon