Pertemuan dan perbincangan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama bekas perdana menteri Najib Razak menjadi perhatian lensa media di lobi Parlimen hari ini.<br /><br />Kata Najib, perbincangannya bersama Syed Saddiq itu berkisar mengenai politik semasa mutakhir ini.<br /><br />Jelasnya, beliau dan Ketua Armada Bersatu itu bersetuju bahawa politik Malaysia harus menyentuh mengenai isu polisi dan dasar daripada menyerang pembunuhan karakter individu.