Surprise Me!

Tiada rancangan pinda undang-undang berkaitan liwat

2019-07-05 1,034 Dailymotion

Kerajaan tidak merancang untuk menyemak semula peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan liwat dan fellatio, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam jawapan bertulis parlimen, perdana menteri berkata hukuman sedia ada bawah Seksyen 377B dan 377C Kanun Keseksaan sudah mencukupi.

Mahathir berkata demikian dalam jawapan bertulisnya di parlimen menjawab soalan Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), semalam.

Shamsul Anuar bertanya sama ada kerajaan mahu mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah seks luar tabii agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Seksyen 377B berkaitan kesalahan berkaitan persetubuhan luar tabii dan 377C pula melibatkan kesalahan sama tetapi tanpa kerelaan.

Seksyen 377B memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua puluh tahun dan juga sebatan.

Seksyen 377C pula memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun dan juga sebatan.

Buy Now on CodeCanyon