Orang Melayu kini tiada pilihan selain menyertai parti-parti kerajaan seperti Amanah, Bersatu dan PKR, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof.<br /><br />Mujahid berkata ini kerana idea yang dibawa Umno dan PAS, sudah lapuk dan tidak lagi dapat membawa orang Melayu ke arah yang lebih progresif.