PATTANI, THAILAND 6 Julai - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh hari ini merasmikan prapelancaran kompleks beli belah, ASEAN MALL di Pattani Jaya di sini.<br /><br />Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail dan Presiden Kumpulan Uniti Asia, Datuk Jamal Mohd. Amin.
