Penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menghasut terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Abdul Halim Aman malah meminda hukuman dengan menambah hukuman Wan Ji dari sembilan bulan kepada setahun, setelah memberi pertimbangan terhadap rayuan silang pihak pendakwaan.

Dalam ringkasan penghakimannya, Abdul Halim berkata, kata-kata Wan Ji itu terang lagi bersuluh menghasut dan menanam kebencian rakyat terhadap institusi raja-raja.

Beliau turut mengingatkan pada satu lagi prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Sementara itu, Wan Ji, 37, menerusi peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin memohon penangguhan hukuman untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanapun hakim memerintah peguam memfailkan permohonan penangguhan tersebut secara

Wan Ji diuduh menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membabitkan isu agama dalam akaun Facebook beliau.

Kesalahan itu dilakukannya di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam pada 5 November 2012.