Pelawaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk ahli politik Melayu menyertai Bersatu agak terlambat, kata veteran Umno Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Mungkin agak terlambat apabila kita (Umno) bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS," katanya kepada media di lobi parlimen.

Jelas Nazri, tidak ada perubahan dalam kerjasama kedua-dua pihak kerana kedua-dua parti telah menang dalam tiga pilihan raya kecil dan meramalkan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga mempersoalkan rasional Mahathir membuat pelawaan itu kerana menurutnya ia tidak akan mempengaruhi jumlah 112 ahli parlimen yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan.

"(Oleh itu), saya lebih suka jika Dr Mahathir kembali kepada Umno, kerana semua parti serpihan tidak akan bertahan seperti yang ditunjukkan dalam sejarah," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Nazri turut berikrar untuk memastikan sendiri kerjasama Umno dan PAS tidak akan terjejas.