Kerajaan masih pertimbangkan kewajaran untuk melanjutkan operasi Hospital Medan Malaysia di wilayah Ukhia, Cox’s Bazar, Bangladesh yang sepatutnya berakhir hujung tahun ini sehingga 2021.<br /><br />Menteri Pertahanan Mohamad Sabu semasa di Dewan Rakyat hari ini berkata, keputusan yang akan dibuat itu perlu diperhalusi dengan mengambil kira kesan ke atas pelarian Rohingya itu sendiri.<br /><br />"Sejak hospital itu beroperasi pada 20 November 2017, sebanyak 74,103 kes telah dirawat dan beri manfaat kepada mereka yang berada di kawasan Cox's Bazar", katanya.