Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan seramai 133,000 pendeposit baharu dengan jumlah simpanan RM83 juta selepas pelan penstrukturan dan pemulihan semula badan itu dari Januari hingga Mei lepas.<br /><br />Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata TH turut merekodkan pertambahan pendeposit baharu melebihi 46,000 orang bagi tempoh April hingga Jun selepas pengumuman hibah.<br /><br />“Selain itu, tiada pengeluaran luar biasa sehingga Jun 2019, ini menggambarkan keyakinan pendeposit terus konsisten terhadap TH,” katanya.
