Kementerian Industri Utama sedang meneliti projek rintis sistem iaitu pembelian getah atas talian sebagai langkah untuk memastikan penyelewengan dan manipulasi harga belian tidak berlaku.

Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya sedang merangka strategi penggunaan sistem atas talian tersebut agar urusan niaga getah lebih telus sekaligus memberi manfaat buat pekebun kecil.

"Setakat ini, bilangan peraih adalah seramai 2,492 orang atau syarikat di seluruh semenanjung Malaysia," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.