Polis sedang meneliti laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berhubung kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa duit GST telah dirompak kerajaan BN sewaktu memerintah.<br /><br />Ini kerana, menurut Khairy, terbukti laporan PAC bahawa duit GST tidak dirompak.<br /><br />Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata demikian pada sidang media di Semenyih hari ini.