Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Azmin Ali boleh mengambil cuti atau meneruskan kerjanya, selepas pemimpin PKR menggesa mana-mana pemimpin yang terpalit dengan tuduhan salah laku “bercuti sementara” sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata ini kerana Azmin boleh berbuat demikian selagi tidak dibuktikan bersalah.

“Ini semua mengenai satu kospirasi politik, bukan mengenai mendedahkan seseorang melakukan kesalahan.

“Tetapi lebih kepada menghalang kepada seseorang dari berjaya politik,” katanya ketika ditemui di Majlis Beyond Paradigm Summit 2019, hari ini.