Sekumpulan pengamal media menunggu kehadiran Ahli Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim di lobi Parlimen pada awal pagi bagi bertanyakan soalan mengenai isu-isu yang melanda PKR, khususnya berkaitan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Ketika Anwar muncul, beliau memberi jaminan bahawa pengamal media boleh bertanyakan soalan kepadanya selepas beliau hadir ke sesi Dewan Rakyat.

Dua puluh tiga pemimpin kanan PKR bersama 14 anggota parlimen mendesak Anwar Ibrahim - yang juga presiden mereka - supaya berhenti mengeluarkan kenyataan yang memecah-belahkan parti.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan pagi ini, mereka berkata sebagai presiden Anwar perlu segera menggembleng perpaduan anggota parti demi keutuhan PKR, PH dan negara.

Pada masa sama, mereka menegaskan untuk bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, yang kini dikaitkan dengan klip video seks melibatkan hubungan asmara sejenis.

Azmin menafikan beliau terlibat dalam insiden tersebut.