Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali melalui satu ujian yang sukar apabila tular klip video seks yang didakwa miripnya bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Kata Anwar, beliau tidak akan mengulas kenyataan spontan Azmin yang dilihat terlalu beremosi.

Walaupun menolak politik kotor, kata Anwar, beliau menafikan ada mengarahkan Azmin meletakkan jawatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar bersama Anwar di bangunan Parlimen adalah dua ahli parlimen, yang turut menandatangani satu kenyataan bersama sebagai sokongan kepada Azmin.

Kenyataan daripada 22 ahli majlis kepimpinan pusat PKR dan 14 Ahli Parlimen itu mendesak supaya Anwar berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah-belahkan parti.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir dan beberapa individu yang berkuasa merancang untuk memilih Azmin, yang juga adalah menteri hal ehwal ekonomi, sebagai bakal perdana menteri.